Data murid, kehadiran QR, komunikasi dengan ibu bapa dan laporan prestasi dalam satu papan pemuka. Demo langsung tersedia tanpa pendaftaran.
Lihat MySekolahSakiraDamai membangunkan laman web, sistem pengurusan, sistem tempahan dan aplikasi mudah alih untuk sekolah, perniagaan dan organisasi. Setiap sistem dibina ikut keperluan sebenar anda.
Daripada laman web ringkas hingga sistem yang digunakan setiap hari oleh seluruh organisasi.
Laman web yang pantas, kemas dan mudah ditemui di Google. Sesuai untuk profil syarikat, kedai, persatuan atau portal berbilang halaman.
Urus data, rekod, kakitangan dan laporan di satu tempat. Gantikan fail Excel dan borang kertas yang berselerak dengan sistem web yang tersusun.
Pelanggan boleh tempah dewan, bilik, perkhidmatan atau temujanji sendiri, dengan kalendar kekosongan dan pengesahan automatik.
Aplikasi untuk Android dan iOS, atau web app yang boleh dipasang terus dari pelayar, supaya pengguna anda boleh akses dari mana-mana.
Rekod kehadiran pekerja, murid atau peserta program dengan satu imbasan, lengkap dengan laporan harian dan bulanan.
Hubungkan sistem anda dengan WhatsApp, emel dan Google Sheets supaya notifikasi dan tugas berulang berjalan sendiri.
Kami mula dengan memahami cara kerja organisasi anda, kemudian bina sistem yang sesuai, bukan memaksa anda ikut templat.
Setiap laman dan sistem diuji pada komputer, tablet dan telefon supaya mudah digunakan oleh semua pihak.
Kata laluan disulitkan, akses dikawal ikut peranan pengguna dan data disandarkan secara berkala.
Kami tidak hilang selepas projek siap. Ada masalah atau perlu tambah fungsi, hubungi terus melalui WhatsApp.
Istilah dan paparan yang mudah difahami oleh guru, kakitangan dan pelanggan tempatan tanpa latihan panjang.
Lancarkan fungsi utama dahulu dengan kos yang berpatutan, kemudian tambah modul baharu apabila keperluan bertambah.
Sistem siap guna yang boleh disesuaikan dengan organisasi anda.
Data murid, kehadiran QR, komunikasi dengan ibu bapa dan laporan prestasi dalam satu papan pemuka. Demo langsung tersedia tanpa pendaftaran.
Lihat MySekolahGuru rekod kehadiran, pentadbir pantau seluruh sekolah dan ibu bapa semak kehadiran anak dari telefon. Demo tersedia untuk ketiga-tiga peranan.
Lihat AdSumTerima tempahan dewan, bilik, gelanggang atau temujanji secara dalam talian. Kalendar kekosongan dikemas kini sendiri dan pelanggan menerima pengesahan segera.
Tanya tentang BookingAplikasi Android, iOS dan web app yang dibina khas untuk perniagaan dan organisasi, daripada katalog produk hingga aplikasi ahli dan dalaman.
Tanya tentang AppsKami dengar masalah dan matlamat anda, kemudian cadangkan penyelesaian serta anggaran kos.
Anda lihat rupa dan aliran sistem terlebih dahulu, dan boleh minta perubahan sebelum pembangunan bermula.
Sistem dibina dan diuji. Anda boleh cuba versi awal dan beri maklum balas sepanjang proses.
Sistem dilancarkan, pengguna diberi taklimat dan kami terus membantu selepas itu.
SakiraDamai ialah pembangun perisian tempatan yang membina penyelesaian digital untuk sekolah, perniagaan kecil dan organisasi di Malaysia.
Produk seperti MySekolah dan Adsum lahir daripada masalah sebenar di lapangan: rekod manual yang memakan masa, komunikasi yang terputus dan data yang sukar dicari. Kami percaya teknologi yang baik sepatutnya menjimatkan masa anda, bukan menambah kerja.
Ceritakan apa yang anda perlukan. Kami akan balas dengan cadangan dan anggaran kos, tanpa sebarang komitmen.